Sunday 19 April 2009

Perjuangan dan pengorbanan

Salam ukhuwah....

Dalam perjuangan terdapat pengorbanan, dalam pengorbanan ada perjuangan. Begitulah lumrah di dalam kehidupan berjemaah. Setiap manusia akan diuji oleh Allah s.w.t. Baik yang tua atau yang muda. yang sihat atau yang sakit. Itulah yang akan dihadapi oleh semua manusia yang bernyawa di atas muka bumi ini. Seperti firman Allah s.w.t:

.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:.
.:dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(alankabut:2&3)

...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya...
(albaqarah:286)

Demikianlah janji Allah s.w.t yang dinukilkan di dalam kitab suci al quran. Jadi, bagi yang diuji oleh Allah s.w.t, bersabarlah dan redha. Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku terdapat hikmahnya. Kadang kala penulis merasa cemburu dengan orang yang diuji oleh Allah s.w.t. Dia diuji oleh Allah s.w.t bermakna Allah s.w.t sedang ingat akan dia. Betapa besarnya nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. Yang penting adalah yakin dengan janji-Nya. Tepuklah dada dan tanya iman..

Thursday 2 April 2009

Gantung dan zalim

Salam Ukhuwah

Terasa lama dah tak menulis. Terasa kekok la pulak. Memandangkan dengan keadaan sekarang dipaksakan diri juga untuk menulis. Penulisan saudara boleh menjadi salah satu wadah atau ‘medium’ di dalam perjuangan untuk menegakkan agama Allah s.w.t di atas muka bumi ini. Kebebasan bersuara di bumi Malaysia sekarang semakin menjadi tidak adil. Akhbar yang selama ini menjadi lidah yang benar telah digantung seperti menggantung orang yang benar dan jujur walaupun ianya melakukan perkara yang betul. Ini lah dikatakan ZALIM. Zalim bermaksud meletakkan sesuatu perkara atau benda bukan pada tempat yang betul. Jadi adakah penggantungan tersebut kena pada tempatnya. Antum-antum fikirlah sendiri. Janganlah menjadi seperti Firaun yang menzalimi rakyat dan dirinya sendiri akhirnya dilaknat oleh Allah s.w.t


Sibuk diperkatakan Negara ini Negara demokrasi. Tetapi perlaksanaannya HAMPEH. Di mana KEBEBASAN???? Pernah YB Haji Abdul Wahid Endut dating ke Sarawak dan beliau menceritakan bagaimana Tuan Guru Nik Aziz dah menjadi Ketua Menteri Kelantan selama 18 tahun. Tetapi di dalam masa tersebut, Tok Guru tidak dibenarkan dan dihalang dari muncul di dalam kaca-kaca televisyen. Yang ada pun hanya temuramah untuk TVBN. Begitu juga dengan di gelombang-gelombang radio. Beliau tidak dibenarkan untuk member amanat walaupun kepada rakyat negerinya sendiri. Yang pernah pun Tok Guru berkumandang di radio hanyalah di stesen-stesen radio berbahasa siam. Walaupun begitu bahasa siam agak sama dengan bahasa di Kelantan. Ini lah realiti Malaysia sekarang. Penulis berharap ianya tidak seperti dulu, kini dan selamanya tetapi DULU, KINI dan BERUBAH.