Wednesday 26 November 2008

Kesihatan anugerah Allah s.w.t


"Betul, gelang ni yang sihatkan saya" kata seorang pak cik kepada saya. Gelang yang pak cik maksudkan itu adalah gelang magnetik yang mampu mengeluarkan elektron negatif dari badan supaya badan kita sentiasa seimbang dengan elektron negatif dan positif. kata pak cik itu lagi " gelang ni dibuat dari teknologi yang terbaru, gerenti berkesan punya". saya hanya mampu tersenyum sambil mengangguk. bukannya apa, gelang tersebut berharga rm200. pak cik tu pun beriya-iya menyuruh saya membelinya.

Ini lah fikiran manusia sekarang. mereka percaya bahawa gelang tersebut yang memberi kesihatan kepada mereka. tetapi mereke lupa bahawa ada suatu Kuasa yang lebih Hebat!! daripada gelang tersebut. sudah tentu kuasa tersebut adalah Allah s.w.t. walaupun terdapat pendapat yang mengatakan bahawa ianya adalah salah satu dari usaha. ya, memang betul ia adalah usaha, tetapi jangan lupa bahawa kesihatan itu adalah anugerah dari Allah s.w.t. maka jika mendapat anugerah dari Allah s.w.t hendaklah disebut Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) bukannya, "saya sihat sebab saya makan ubat tu", "barang ni bagus la, pakai ja terus sihat". percakapan begini boleh membawa kepada perkara yang kita semua takuti, iaitu syirik secara diam, iaitu syirik yang kita sendiri tidak tahu bahawa kita sedang melakukannya. nauzubillah. moga-moga Allah menjauhkan kita dari melakukan perkara tersebut.

Muhasabah kan diri dan sentiasa berharap kepada Allah bukannya selain dari-Nya.. waullahualam...

Tuesday 18 November 2008

Fitnah media

Ana baru ja terbaca satu kolum di dalam harakah daily mengenai fitnah yang dihadapi oleh MB perak berkaitan dengan mengasari seorang wartawan. memang menjadi lumrah untuk seseorang yang berpengaruh seperti beliau mendapat tempias fitnah dari pihak media yang bersangkutan dengan kerajaan. fitnah dari pihak media ini berlaku sejak dari dulu lagi. apa yang ana risaukan adalah pihak yang difitnah tidak dapat mempertahankan diri dengan memberi penerangan yang betul oleh media. oleh itu, bagi yang tidak tahu akan kebenarannya akan ditipu bulat-bulat oleh media massa sekarang. bagaimana pula dengan penduduk kampung pendalaman yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengetahui perkara yang sebenarnya contohnya internet dan harakah. mereka hanya bergantung kepada media massa yang begitu ketara menjadi kelibat kerajaan di dalam memburukkan pihak yang benar.

Friday 14 November 2008

Selamat...

Susah juga nak kerja dengan kerajaan ni. rasa macam spy pula bila kerja dengan kerjaan ni. begitu la ana rasa bila tengah bekerja. apa tak nya kalau diorang tau yang ana ni dari parti lain, habislah. esk ckp bye2 ja dgn kawan sekerja situ. ni ana nak kongsi satu kisah, macam mana ana terkantoi yang ana ni org PAS dengan pegawai di tempat kerja. Satu ari tu, time tgh syok2 ddk depan komputer buat kerja sediri, tiba2 ja ada pegawai panggil ana. pegawai tu cikgu sekolah. tmpt keja ana byk cikgu. cikgu yang panggil ana tu org cina. dia ckp ada kerja utk ana. ana pun pergilah. sampai2 ja di meja dia, dia terangkan lah pasal kerja yang nak dibuat tu. lepas ja 15 minit dia bagi syarahan dia minta la pendrive ana. ana pun bagi la. ana lupa pula dlm pendrive tu ada gambar tua guru haji hadi awang dengan gambar parti pakatan rakyat. ana dgn senang hati bagi ja pendrive tu. sekali dia buka pendrive tu, dia tgk ja gmbr tu terus dia ckp "Oooo awak ni org PAS haaaa...". "Alamak, mati la aku ni" ckp ana dlm hati. ana bagi ja senyuman 10sen ja. fuh! nasib cikgu tu sporting orangnya. lepas tu dia x ckp2 apa pun. selamat.... mgkn cikgu tu org DAP. mana tau kan. lepas ja dari kejadian tu ana ambil la langkah2 berjaga-jaga. tu ja la kisah yang ana dapat kongsikan. moga2 Allah masih memberi pertolongan-Nya kepada hambanya ini. wallahualam.

Thursday 6 November 2008

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?

..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui..(albaqarah:216)
Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?
...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya...(albaqarah:286)
...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan......(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan...(alinsyirah:5&6)
"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?' Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]
Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::(alimran:139)
.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:..:dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.(alankabut:2&3)
Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Al-Imran ayat 200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28)
Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. (Surah At-Taubah ayat 111)
Kepada Siapa Aku Berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)
Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."(Surah Yusuf ayat 12)
Adakah Aku Sudah Dikira Beriman ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?"(Quran 23:115):
�Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.?lt;br> - Surah az-Zariyat: ayat 56.
.:demi masa:..:sesungguhnya manusia dalam kerugian:..:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:..:yang berpesan pada kebenaran:..:yang berpesan pada kesabaran:.(alquran:al-asr)
..ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku..(alqasas:24)
~ Paling best dlm hidup:bila kite down, we feel hopeless... Kite ngadu pd Dia. Tanpa kite sedari, Dia sisipkan perasaan tenang yg kite tau takkan datang tanpa rahmat-Nya. Rasa senang walaupun dalam resah. Allah memang sentiasa sayangkan hamba-Nya.... Cuma kita yg sering LUPA, kan? So..
Jangan Mengharap pada Manusia.. Letakkan sepenuh pengharapan Pada Yang di atas SANA..ALLAH takkan hampakan kita..~